Pages


click picture

Thursday, June 3, 2010

Perkhabaran......


Hari ini kita tertumpu kepada perpindahan para pemain. Edin Dzeko dikatakan telah menolak perbincangan dengan Man City dan ingin berpindah ke Juventus untuk mengantikan Amauri yang bakal meninggalkan Juventus pada Musim Perpindahan kelak. Barcelona pula menawarkan pemain pertahanan Dmytro Chygrynskiy sebagai pinjaman + £30juta untuk Cesc Fabregas. Real Madrid sedang memancing Maicon, Juan Vargas dan Daniele De Rossi. Chelsea ingin mendapatkan Yossi Benayoun. Man Utd pula lebih kepada pemain tengah seperti Arteta, Joe Cole, Di Maria, Eden Hazard, Ben Arfa dan Gourcuff. Cannavaro telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pasukan Al Ahli di Dubai. West Ham akan mengumumkan pengurus baru pasukan itu dalam masa 24 jam. Adakah Avram Grant akan menjadi pengurus West Ham atau Pellegrini yang akan menggantikan G.Zola? Man City juga dikhabarkan sedang mengejar Maicon. Guti mungkin menandatangani kontrak bersama Blackburn Rovers. Nistelrooy & Van Der Vaart mungkin ke Liverpool. Aguero akan ke Chelsea. Agbonlahor pula akan bersama Arsenal. Pastikah anda?? Sama-samalah kita nantikan terbukanya Pintu Perpindahan pada 1 Julai 2010. Siapa pula yang akan menduduki kerusi panas yang ditinggalkan Jose Mourinho? Adakah Spalletti @ Pellegrini @ .........??? Namakanlah sendiri pengurus mana yang anda suka untuk menggantikan Mourinho. Sekian...

No comments: