Pages


click picture

Wednesday, June 9, 2010

Arena Part 2


Stadium Royal Bafokeng, Phokeng
Kapasiti 42,000 penonton je...Stadium yang paling kecil bagi Piala Dunia 2010. Perlawanan tumpuan bagi penyokong pasukan England & USA akan berlangsung di sini. Perlawanan penting tapi stadium pulak kecil. Macam mana nak untung...Patutnya bagi la stadium yang besar sekali...........Baru boleh untung...

Stadium Peter Mokaba, Polokwane
Kapasiti 46,000 penonton.
Perlawanan yang paling sengit dalam kumpulan A iaitu Perancis vs Mexico akan lawan kat stadium ni. Perlawanan penentu ni....Jadi sama-samalah kita nantikan perlawanan Fra vs Mex ni...

Stadium Mbombela, Nelspruit
Kapasiti 43,500 penonton.
Perlawanan ulangan persahabatan antara Itali vs New Zealand yang menyaksikan Itali hanya menang tipis 4-3 ke atas New Zealand. Mampukah All White memberikan saingan kali ini?? Dengan penampilan Itali yang agak goyah, dapatkah Itali mempertahankan Piala Dunia yang telah dimenangi pada 2006 di Jerman?

Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
Kapasiti 48,459 penonton.
Stadium yang akan berlangsungnya perlawanan penentuan tempat Ke-3 & Ke-4. Kebanyakan konsert-konsert telah berlangsung di sini. Juga pernah mengacarakan Miss World Sport 2009. Permandangan luar stadium yang berhampiran North End Lake memberikan suasana yang luar biasa.....

Stadium Soccer City, Johannesburg
Kapasiti 91,141 penonton.
Stadium yang bakal menjadi tumpuan semua peminat bola sepak seluruh pelusuk dunia pada 11 Julai 2010( 12 Julai 2010 bagi Asia Tenggara). Perlawanan perbukaan antara Afrika Selatan vs Mexico juga akan dijalankan di sini. Stadium ini hanya khusus untuk bola sepak sahaja....

No comments: