Afrika Selatan vs Mexico
Perlawanan pembuka. Selalunya membosankan tapi apa-apa pun boleh terjadi seperti Piala Dunia 2002, Senegal mengalahkan juara bertahan, Perancis dengan 1 gol untuk mengemparkan penyokong fanatik Perancis. Dapatkah Afrika Selatan mengalahkan Mexico yang merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini?
Predict : Afrika 1-2 Mexico
USA vs England
Semestinya perlawanan yang sengit. Keputusan perlawanan juga tak mudah untuk diramal. USA terdapat pemain-pemain bintang yang beraksi di England seperti Dempsey, Howard, Hahnemann, Spector dan ramai lagi. England cuma boleh harapkan Beckham sebagai 'spy'.
Predict : USA 2-2 England
Argentina vs Nigeria
Maradona sememangnya lagenda bola sepak tetapi tu semua belum cukup untuk menjadi jurulatih terbaik yang boleh memimpin Argentina memenangi Piala Dunia 2010. Pengalaman sebagai pemain tak boleh disamakan dengan pengalaman sebagai seorang pengurus pasukan. Kebanyakan pengurus- pengurus terbaik dunia terdiri dari bekas pemain-pemain bola sepak yang kurang menyinar semasa kerjaya pemain mereka.
Predict : Argentina 2-2 Nigeria
Brazil vs Korea Utara
Brazil sanggup melakukan apa saja untuk menang Piala Dunia 2010. Dunga berkata "Tak semesti perlawanan yang cantik boleh memenangi perlawanan". Brazil adalah pasukan pilihan untuk menang perlawanan ini tetapi pasukan underdog seperti Korea Utara ini tak sepatutnya diperkecilkan. Korea Utara boleh melakukan kejutan terhadap Brazil. Dapatkah Brazil membelasah Korea Utara dengan jaringan yang cukup besar?
Predict : Brazil 5-0 Korea Utara
Sepanyol vs Switzerland
Sepanyol dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan ini dengan 3 kemenangan tetapi Switzerland boleh mengejutkan Sepanyol. Walaupun Switzerland tak ada pemain bintang tetapi dengan semangat juang dan keserasian membolehkan mereka memberi saingan dalam perlawanan ini.
Predict : Sepanyol 3-1 Switzerland
Perancis vs Mexico
Perancis memenangi perlawanan kelayakan dengan cara busuk. Tetapi Perancis masih boleh berbangga dengan pemain-pemain berbakat seperti Ribery, Malouda dan yang lain-lain. Henry hanya diletakkan sebagai super-sub. Benzema pula disingkirkan akibat cedera. Mexico pula tak pernah nak lepas dari peringkat kumpulan jika bermain luar sempadan benua Amerika. Pasukan ke-2 yang mungkin bakal mengiringi Mexico yang diramal juara kumpulan akan ditentukan melalui perlawanan ini. Jika Mexico menang, Afrika Selatan dijangka melepasi pusingan awal ini.
Predict : Perancis 0-2 Mexico
USA vs Algeria
Penampilan yang sukar dijangka bagi Algeria. Algeria mempunyai kelebihan bermain di benua sendiri. Pastinya ramai para penyokong setia Algeria akan memenuhi stadium.
Predict : USA 3-0 Algeria
Ghana vs Jerman
Jerman takkan berasa kehilangan Ballack kerana Loew boleh menggunakan pemain-pemain muda yang berbakat. Takkan nak harapkan kuda tua macam Ballack je...Ghana pula kehilangan pemain harapan mereka iaitu Essien yang cedera. Jerman perlu berhati-hati bila bertemu Ghana nanti.
Predict : Ghana 1-2 Jerman
Belanda vs Cameroon
Belanda dengan Total Football pasti akan melangkah ke peringkat seterusnya dengan mudah tetapi pasukan Cameroon juga boleh dikatakan seakan-akan bermain di tempat sendiri. Majoriti pemain-pemain Cameroon berlari pantas seperti Cheetah. Dapatkah Belanda mengimbangi kepantasan larian para pemain Cameroon melalui counter attack pantas??
Predict : Belanda 4-0 Cameroon
Brazil vs Portugal
Brazil diramal mudah melepasi pusingan awal tetapi pasukan ke-2 yang layak ke peringkat seterusnya dijangka ditentukan melalui perlawanan dialek portugis ini. Kedua-dua pasukan pastinya memahami pertuturan masing-masing. Jadi tidak apalah yang perlu dirahsiakan. Portugal pula dikatakan sebagai 2nd Brazil. Bintang Real Madrid, C.Ronaldo akan bertemu Kaka untuk melayakkan pasukannya ke pusingan seterusnya.
Predict : 2-1
No comments:
Post a Comment