Pages


click picture

Wednesday, October 29, 2008

Majlis Perkahwinan Bob


Seperti yg dirancang pada Sabtu lepas kami berkonvoi ke rumah X-membe team d untuk meraikan majlis perkahwinan beliau.. Bob itu lah nama manja tuan punya badan atau nama dalam mykad Mohd Azhar b. Lazim.. For info kepada sesape yg tak kenal Bob, beliau pernah berkerja di Titan bersama2 kami, tetapi sekarang bertukar selera pulak di Jubail, KSA.

Konvoi berjalan dengan lancar, walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal masa menunggu di Shell Jusco Tebrau.. Disebabkan kelewatan itu, maka kami terlepas peluang menonton Bob bersanding bersama isteri tercintanya.. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah, kerana Bob dengan sportingnya sudi bersanding sekali lg untuk seisi bergambar kenang-kenangan bersama kami.. Tapi kali ni make-up Bob dah cair tapi masih berseri lg..

Majlisnya dibuat secara sederhana tetapi meriah.. Apatah lg diiringi pula dgn nyanyian karoake oleh penyanyi2 jemputan yg menunjukkan bakat terpendam mereka.. Boleh buat makin selera menjamu selera woo..

Ada untung juga datang lambat, makanan di meja pengantin pun dapat sekali.. Standet la pengantin mana ada selera nak makan, jadi kami la yg tolong abiskan.. Kepada yg tak dapat tu, jangan kecik hati, sape suruh duduk jauh2 dr meja pengantin. Lepas makan seisi bergambar bersama pengantin.. Lebih kurang pukul 3.3opm kami pun baliklah ke pangkal jalan..

Kepada Bob

"Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat"



Tuesday, October 28, 2008

Open House

Majlis open house DFL team D tempohari berjalan dgn lancar tanpa sebarang insiden2 yg tidak di ingini terjadi.. Kehadiran ahli2 amat menggalakkan walaupun ada yg tak dapat datang di atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..

Antara gambar2 yg sempat di amik semasa open house tu:-



Friday, October 24, 2008

Acara minggu ini..

Minggu ni banyak aktiviti perlu dipenuhi semasa off 3 hari kami..

Khamis 23/10 - Futsal seperti biasa bersama kawan2 dari team2 lain.. Lokasi macam biasa la kat U5.. Kehadiran tidak diwajibkan buat masa ini..

Jumaat 24/10 - Open house Team d de facto leader.. Lokasi kat rumah dia la.. Kehadiran adalah wajib kepada ahli team d (compulsary & mandatory)..

Sabtu 25/10 - Konvoi ke Kota Tinggi menghadiri majlis perkahwinan Bob.. Lokasi berkumpul di Shell Jusco Tebrau.. Penyertaan tidak diwajibkan tetapi dialu-alukan untuk memeriahkan lagi majlis..

Laporan untuk event di atas akan di update secepat mungkin..

*Kepada yg menyertai Fantasy Footbal, jangan lupa update player korang bagi menggelakkan team korang menduduki tangga tercorot.. Kepada yang berada di tangga teratas minggu lepas jangan terlalu berpuas hati.. Ingat hidup ini umpama roda...

Saturday, October 18, 2008

Liga Bola Alam Maya

Sesudah berhempas pulas memerah kudrat di gelanggang futsal, kini kami berbesar hati menganjurkan pula liga bola di alam maya..

Yang menariknya di liga ni, sape2 pun boleh join.. Tak kira la korang terer giler main bola tahap gaban atau kaki bangku tahap kerusi malas.. Semua boleh join.. Tiada yuran dikenakan.. Malahan jika anda tidak memiliki astro untuk menyaksikan perlawanan sebenar secara live pun diterima penyertaan.. Yang penting korang berani menerima cabaran mahupun kutukan..

Kami juga berbesar hati, jika teman2 yang berada di obesea untuk join liga kami ini.. Sebab kalau nak lawan betul2 memang mustahil dilaksanakan. Lagi ramai lagi bagus, lagi meriah, lagi banyak kutukan daripada pujian..

Hadiah istimewa disediakan kepada pasukan yang berada ditangga terkebawah berupa kutukan yang tidak putus2 selama sebulan ataupun lebih lama daripada tempoh sebenar (extra time).. Untuk register sila ke http://fantasy.premierleague.com/

Sekiranye masih mempunyai masalah sila tinggalkan pesanan korang di chatbox ataupun komen di artikel ni..

Sunday, October 12, 2008

Futsal kini kembali..

Ramadhan sudah pun meninggalkan kita.. Sekarang ni musim raya plak, musim open house..
Aktiviti kami telah kembali normal seperti biasa sebelum Ramadhan.. Futsal kini kembali!!!!

Pada 8hb tempoh hari, perlawanan pertama telah pun berlangsung.. Lokasi mcm biasa la kat U5 le.. Sebenarnya bukan berbentuk perlawanan tp lebih tepat latihan ringan memecah lemak selepas raya ni..

Tak ramai sgt yg join, cukup2 aje.. Mungkin sibuk beraya kot.. Ada gak le muka2 baru yg mencuba nasib menggadaikan skill mereka bersama kami.. Bakat2 mereka tidak menghampakan, diharap jgn serik dgn tackle2 keras dan rembatan2 ganas, lain kali boleh join lg.. Terima kasih juga kepada player2 team b, selaku ahli tetap sparring kami.. Tanpa anda ape la maknanya bermain futsal di U5..

Kepada sape2 yg berhajat mempelawa kami bermain futsal bersama, boleh la membuat appoinment di chatbox tu..