Pages


click picture

Friday, November 14, 2008

Reliability FC Mangsa Seterusnya..

Team futsal kami mengganas lagi.. Kali ini team Reliability FC pula menjadi mangsa.. Walaupun Team Relia menggunakan beberapa pemain impot tetapi masih belum mampu mencapai tahap keterreran team kami..

Daripada reputasi yg di dengar team mereka cukup ganas dan terrer, tapi court futsal U5 menjadi saksi ketewasan mereka di kaki kami.. Meratah dengan rakusnya..

Keputusan perlawanan 15 gol berbalas 9 aje.. Mutu permainan kami semakin meningkat setelah mengharungi beberapa siri jelajah perlawanan persabahatan..

Siapakah yg akan menjadi mangsa seterusnya??.. Tunggu!!!! Ada sesape team yg berani nak lawan kami... Dipersilakan mengubungi PR team kami..

Gambar takde sebab cameraman tak sempat dtg..

Tarik Tali @ Family Day

8 Nov.. Titan family day telah berlangsung di Danga Bay JB.. Tahun ini rasanya lebih meriah berbanding tahun2 lepas.. Mungkin kerana lokasi yg telah beralih ke tempat yg lebih sesuai..

Maka beramai2 lah warga Titan ke sana tempoh hari.. Tidak kurang juga yg mengharapkan hadiah lucky draw untuk dibawa pulang.. Malangnya hanya seorang saja wakil dari team D membolot salah satu itu..
Banyak acara yg dijalankan, dan yg paling bergembira sudah tentulah kanak2.. Kerana pelbagai permainan yg terdapat disitu diberikan secara free.. Org2 tua pun tak kurang hebatnya, mengalahkan budak2 pulak hari tu..
Tarik tali..
Salah satu acara ada hari itu yg disertai oleh kami.. Melihat peluang di atas kertas memang tipis, namun berbekalkan semangat yg tinggi, di tambah pula kekuatan semulajadi kami semua itu berjaya ditepis dgn mudah sekali.. Kami berjaya ke final & nyaris2 menjadi juara (itupun kalau team lawan tak main ngelat)..

Bersiap sedia untuk berjuang..

Meraikan kemenangan ke final.. Semua pemain begitu teruja dan terkesima untuk ke final..

Berikutan berlakunya kesilapan teknikal & taktikal dan kekurangan manpower, kami terpaksa mengimport player tergagah yg amat terpopular sekali drpd team C iaitu mr. Gmok..

Final jumpa team ni, sumber yg boleh dipercayai mereka telah berjaya "menipu" refferee dan team kami semata-mata untuk menang..

Kepenatan setelah berusaha..



Akhirnya berjaya jua menggondol hadiah yg tak seberapa tapi sentimental value yg tinggi..

Tewas tak bermakna lemah, menang tak bererti kuat, yg penting adalah teamwork.. Tak kira di tempat kerja mahupun di mana-mana..

*p/s kpd sesape yg teringin nak lawan team tarik tali kami boleh la mengaturkan jadualnye..Hahahaha..

Saturday, November 8, 2008

Team D FC vs Instrument FC

Futsal friendly match terhebat pada minggu lepas (04/11/08) antara Team D FC vs Instrument FC telah dilangsungkan di U5 Taman Rinting.. Ini merupakan perlawanan ulangan kerana sebelum ini telah juga diadakan perlawanan sedemikian rupa..

Instrument FC bukanlah calang2 team, kerana mereka memiliki deretan pemain2 yg berbakat besar dan terpendam.. Berbanding pasukan kami yg kesemua pemain kami mempunyai skill individu yg tinggi dan keistimewaan tersendiri..
Turut juga disertai pemain2 daripada team2 lain untuk menguatkan lagi pasukan selain mengukuhkan nilai persabahatan di antara team2 di O&A..

Di antara para pemain merangkap penyokong yg tidak pernah mengenal erti putus asa memberi kutukan moral kepada pasukan lawan mahupun pasukan sendiri..

Pemain yg terkenal dengan tendangan tonjolnya sempat melepaskan penat selepas bermain dan dikritik penonton..

Bekas penjaga gawang yg disegani sewaktu masa dulu sedang memerhatikan perlawanan sambil memikirkan masa depan yg semakin suram..

Kejutan paling nyata pada malam tu ialah kembalinya keeper terawal Team D FC ke gelanggang futsal.. Beliau mengambil keputusan keluar dari persaraan untuk bersama2 memajukan Team D FC..



Selepas tamat perlawanan, seisi bergambar kedua-dua pasukan sebagai kenang-kenangan.. Walaupun pahit untuk ditelan keputusan malam itu yg memihak kepada kami dengan jaringan besar, Instrument FC tetap sudi bergambar bersama kami.. Namun apa yg dapat selain kepuasan meratah Instrument FC pada malam itu ialah dapat mengeratkan perhubungan sesama kita..

Selepas ini 1 lg perlawanan akan di atur menentang Reliability FC pula.. Sumber2 yg boleh dipercayai mengatakan pasukan ini mengamalkan corak permainan yg agak agresif.. Tapi kami "Lawan Tetap Lawan".





Sebahagian aksi2 panas pada malam tu.. Untuk aksi yg lebih panas dan ganas boleh melunsuri ke http://www.youtube.com/