Afrika Selatan vs Mexico
Perlawanan pembuka. Selalunya membosankan tapi apa-apa pun boleh terjadi seperti Piala Dunia 2002, Senegal mengalahkan juara bertahan, Perancis dengan 1 gol untuk mengemparkan penyokong fanatik Perancis. Dapatkah Afrika Selatan mengalahkan Mexico yang merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini?
Predict : Afrika 1-2 Mexico
USA vs England
Semestinya perlawanan yang sengit. Keputusan perlawanan juga tak mudah untuk diramal. USA terdapat pemain-pemain bintang yang beraksi di England seperti Dempsey, Howard, Hahnemann, Spector dan ramai lagi. England cuma boleh harapkan Beckham sebagai 'spy'.
Predict : USA 2-2 England
Argentina vs Nigeria
Maradona sememangnya lagenda bola sepak tetapi tu semua belum cukup untuk menjadi jurulatih terbaik yang boleh memimpin Argentina memenangi Piala Dunia 2010. Pengalaman sebagai pemain tak boleh disamakan dengan pengalaman sebagai seorang pengurus pasukan. Kebanyakan pengurus- pengurus terbaik dunia terdiri dari bekas pemain-pemain bola sepak yang kurang menyinar semasa kerjaya pemain mereka.
Predict : Argentina 2-2 Nigeria
Brazil vs Korea Utara
Brazil sanggup melakukan apa saja untuk menang Piala Dunia 2010. Dunga berkata "Tak semesti perlawanan yang cantik boleh memenangi perlawanan". Brazil adalah pasukan pilihan untuk menang perlawanan ini tetapi pasukan underdog seperti Korea Utara ini tak sepatutnya diperkecilkan. Korea Utara boleh melakukan kejutan terhadap Brazil. Dapatkah Brazil membelasah Korea Utara dengan jaringan yang cukup besar?
Predict : Brazil 5-0 Korea Utara
Sepanyol vs Switzerland
Sepanyol dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan ini dengan 3 kemenangan tetapi Switzerland boleh mengejutkan Sepanyol. Walaupun Switzerland tak ada pemain bintang tetapi dengan semangat juang dan keserasian membolehkan mereka memberi saingan dalam perlawanan ini.
Predict : Sepanyol 3-1 Switzerland
Perancis vs Mexico
Perancis memenangi perlawanan kelayakan dengan cara busuk. Tetapi Perancis masih boleh berbangga dengan pemain-pemain berbakat seperti Ribery, Malouda dan yang lain-lain. Henry hanya diletakkan sebagai super-sub. Benzema pula disingkirkan akibat cedera. Mexico pula tak pernah nak lepas dari peringkat kumpulan jika bermain luar sempadan benua Amerika. Pasukan ke-2 yang mungkin bakal mengiringi Mexico yang diramal juara kumpulan akan ditentukan melalui perlawanan ini. Jika Mexico menang, Afrika Selatan dijangka melepasi pusingan awal ini.
Predict : Perancis 0-2 Mexico
USA vs Algeria
Penampilan yang sukar dijangka bagi Algeria. Algeria mempunyai kelebihan bermain di benua sendiri. Pastinya ramai para penyokong setia Algeria akan memenuhi stadium.
Predict : USA 3-0 Algeria
Ghana vs Jerman
Jerman takkan berasa kehilangan Ballack kerana Loew boleh menggunakan pemain-pemain muda yang berbakat. Takkan nak harapkan kuda tua macam Ballack je...Ghana pula kehilangan pemain harapan mereka iaitu Essien yang cedera. Jerman perlu berhati-hati bila bertemu Ghana nanti.
Predict : Ghana 1-2 Jerman
Belanda vs Cameroon
Belanda dengan Total Football pasti akan melangkah ke peringkat seterusnya dengan mudah tetapi pasukan Cameroon juga boleh dikatakan seakan-akan bermain di tempat sendiri. Majoriti pemain-pemain Cameroon berlari pantas seperti Cheetah. Dapatkah Belanda mengimbangi kepantasan larian para pemain Cameroon melalui counter attack pantas??
Predict : Belanda 4-0 Cameroon
Brazil vs Portugal
Brazil diramal mudah melepasi pusingan awal tetapi pasukan ke-2 yang layak ke peringkat seterusnya dijangka ditentukan melalui perlawanan dialek portugis ini. Kedua-dua pasukan pastinya memahami pertuturan masing-masing. Jadi tidak apalah yang perlu dirahsiakan. Portugal pula dikatakan sebagai 2nd Brazil. Bintang Real Madrid, C.Ronaldo akan bertemu Kaka untuk melayakkan pasukannya ke pusingan seterusnya.
Predict : 2-1
Friday, June 11, 2010
Wednesday, June 9, 2010
Arena Part 2
Stadium Royal Bafokeng, Phokeng
Kapasiti 42,000 penonton je...Stadium yang paling kecil bagi Piala Dunia 2010. Perlawanan tumpuan bagi penyokong pasukan England & USA akan berlangsung di sini. Perlawanan penting tapi stadium pulak kecil. Macam mana nak untung...Patutnya bagi la stadium yang besar sekali...........Baru boleh untung...
Stadium Peter Mokaba, Polokwane
Kapasiti 46,000 penonton.
Perlawanan yang paling sengit dalam kumpulan A iaitu Perancis vs Mexico akan lawan kat stadium ni. Perlawanan penentu ni....Jadi sama-samalah kita nantikan perlawanan Fra vs Mex ni...
Stadium Mbombela, Nelspruit
Kapasiti 43,500 penonton.
Perlawanan ulangan persahabatan antara Itali vs New Zealand yang menyaksikan Itali hanya menang tipis 4-3 ke atas New Zealand. Mampukah All White memberikan saingan kali ini?? Dengan penampilan Itali yang agak goyah, dapatkah Itali mempertahankan Piala Dunia yang telah dimenangi pada 2006 di Jerman?
Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth
Kapasiti 48,459 penonton.
Stadium yang akan berlangsungnya perlawanan penentuan tempat Ke-3 & Ke-4. Kebanyakan konsert-konsert telah berlangsung di sini. Juga pernah mengacarakan Miss World Sport 2009. Permandangan luar stadium yang berhampiran North End Lake memberikan suasana yang luar biasa.....
Stadium Soccer City, Johannesburg
Kapasiti 91,141 penonton.
Stadium yang bakal menjadi tumpuan semua peminat bola sepak seluruh pelusuk dunia pada 11 Julai 2010( 12 Julai 2010 bagi Asia Tenggara). Perlawanan perbukaan antara Afrika Selatan vs Mexico juga akan dijalankan di sini. Stadium ini hanya khusus untuk bola sepak sahaja....
Monday, June 7, 2010
Arena Part 1
Stadium Ellis Park, Johannesburg
Kapasiti 62,567 penonton.
Bakal menyaksikan perlawanan-perlawanan hebat seperti Argentina vs Nigeria, Brazil vs Korea Utara, Slovenia vs USA, Sepanyol vs Honduras, Slovakia vs Itali, Pusingan Ke-2 dan Suku Akhir.
Hebat sangat ke perlawanan-perlawanan tu......macam stadium untuk pasukan-pasukan pilihan membelasah pasukan-pasukan kerdil jew.
Stadium Moses Mabhida, Durban
Kapasiti 70,000 penonton.
Perlawanan seperti Portugal vs Brazil, Sepanyol vs Switzerland dan Jerman vs Australia akan berlangsung di sini. Perlawanan yang dinanti-nantikan semestinya perlawanan Portugal vs Brazil (C.Ronaldo vs Kaka). Memang sesak stadium punya la...
Stadium Cape Town, Cape Town
Kapasiti 69,070 penonton.
Perlawanan tumpuan di stadium ini mungkin perlawanan bagi Pusingan Ke-2, Suku Akhir dan Separuh Akhir. Lain-lain perlawanan sebenarnya tak kurang hebatnya tapi jumlah gol mungkin agak kecil.
Stadium Free State, Bloemfontein
Kapasiti 45,058 penonton.
Stadium yang memang penuh punya bila Afrika Selatan lawan Perancis nanti dan stadium ni jugak la yang akan menyaksikan kekalahan pasukan Perancis kepada Tuan Rumah. Ramalan je....jangan marah ye penyokong-penyokong pasukan Perancis.
Stadium Loftus Versfeld, Pretoria
Kapasiti 51,762 penonton.
Stadium yang akan dipenuhi juga dengan para penyokong pasukan Tuan Rumah. Afrika Selatan lawan Uruguay kat sini. Mungkin kemenangan pertama Tuan Rumah boleh dicapai di sini.
Thursday, June 3, 2010
World Cup Fantasy
Kepada yang telah mendaftar, anda boleh memilih pemain-pemain anda mulai esok hari iaitu 4 Jun 2010. Kepada yang belum mendaftar, daftar-daftarkanlah diri anda dalam Fifa World Cup Fantasy.
Hadiah-hadiah yang boleh dimenangi Kia Sorento(1st), dijemput menghadiri FIFA World Player Gala 2010 di Zurich termasuk penerbangan penginapan(2nd), mendapat jersi semua pemain bagi pasukan yang memenangi 2010 FIFA World Cup™(3rd) dan Cenderahati Terkumpul dari Fifa(4th-10th).
Layari laman web ini : McDonald Fifa World Cup Fantasy
Senang aje untuk register.....Ini kod untuk liga privasi : 274-80 & 274-115
Hadiah-hadiah yang boleh dimenangi Kia Sorento(1st), dijemput menghadiri FIFA World Player Gala 2010 di Zurich termasuk penerbangan penginapan(2nd), mendapat jersi semua pemain bagi pasukan yang memenangi 2010 FIFA World Cup™(3rd) dan Cenderahati Terkumpul dari Fifa(4th-10th).
Layari laman web ini : McDonald Fifa World Cup Fantasy
Senang aje untuk register.....Ini kod untuk liga privasi : 274-80 & 274-115
Telah Dijangka
Tergempar....Rafael Benitez yang sedang bercuti di Sardinia telah dipecat oleh Liverpool. Board of Liverpool telah hilang kepercayaan terhadap beliau dan jika mengekalkan beliau boleh menyebabkan Liverpool kehilangan ramai pemain-pemain bintang. Maka nama Benitez sekarang boleh dimasukkan dalam senarai untuk merebut jawatan pengurus Inter Milan.
Perkhabaran......
Hari ini kita tertumpu kepada perpindahan para pemain. Edin Dzeko dikatakan telah menolak perbincangan dengan Man City dan ingin berpindah ke Juventus untuk mengantikan Amauri yang bakal meninggalkan Juventus pada Musim Perpindahan kelak. Barcelona pula menawarkan pemain pertahanan Dmytro Chygrynskiy sebagai pinjaman + £30juta untuk Cesc Fabregas. Real Madrid sedang memancing Maicon, Juan Vargas dan Daniele De Rossi. Chelsea ingin mendapatkan Yossi Benayoun. Man Utd pula lebih kepada pemain tengah seperti Arteta, Joe Cole, Di Maria, Eden Hazard, Ben Arfa dan Gourcuff. Cannavaro telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pasukan Al Ahli di Dubai. West Ham akan mengumumkan pengurus baru pasukan itu dalam masa 24 jam. Adakah Avram Grant akan menjadi pengurus West Ham atau Pellegrini yang akan menggantikan G.Zola? Man City juga dikhabarkan sedang mengejar Maicon. Guti mungkin menandatangani kontrak bersama Blackburn Rovers. Nistelrooy & Van Der Vaart mungkin ke Liverpool. Aguero akan ke Chelsea. Agbonlahor pula akan bersama Arsenal. Pastikah anda?? Sama-samalah kita nantikan terbukanya Pintu Perpindahan pada 1 Julai 2010. Siapa pula yang akan menduduki kerusi panas yang ditinggalkan Jose Mourinho? Adakah Spalletti @ Pellegrini @ .........??? Namakanlah sendiri pengurus mana yang anda suka untuk menggantikan Mourinho. Sekian...
Tuesday, June 1, 2010
7 Tak Bernasib Baik
Fabio Capello perlu membuat keputusan untuk menyenaraikan skuad 23 orang yang akan berlepas ke Afrika Selatan. Ramalan mengatakan 7 orang yang tidak bernasib baik itu adalah Matthew Upson, Shaun Wright-Phillips, Tom Huddlestone, Darren Bent, Steven Warnock, Scott Parker & Michael Dawson. Tetapi Tom Huddlestone mungkin diletakkan dalam senarai 'stand-by' andai kata Gareth Barry tidak mendapat pelepasan dari pegawai perubatan. Untuk perkembangan lain, pengurus England, Fabio Capello juga dikhabarkan akan menandatangani kontrak baru bersama pasukan England sebelum berlepas.
Pengumuman
Bersempena Fifa World Cup yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi, maka kami telah menjemput penulis2 sukan yang agak mahir di dalam bidang bola sepak dunia untuk memberi ulasan mereka berkenaan kejohanan berprestij tersebut.
Ulasan mereka akan bermula pada bila2 masa, jadi anda perlu bersiap sedia & berwaspada selalu semua dengan blog ini.
Kepada mereka yang masih belum register Fantasy World Cup ( seperti iklan di atas) sila register secepat mungkin.
Majulah sukan untuk negara.
Ulasan mereka akan bermula pada bila2 masa, jadi anda perlu bersiap sedia & berwaspada selalu semua dengan blog ini.
Kepada mereka yang masih belum register Fantasy World Cup ( seperti iklan di atas) sila register secepat mungkin.
Majulah sukan untuk negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)