Pages


click picture

Thursday, September 4, 2008

Eksiden semasa pulang dari kerja...

Titan Pasir Gudang, 04092008. Satu kemalangan ngeri telah berlaku ketika kami sedang bergembira untuk pulang ke rumah. Kejadian berlaku betul2 dihadapan jalan masuk Titan Pasir Gudang melibatkan sebuah kereta Proton Wira & pokok. Kemalangan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira itu terbunuh serta merta (Al-fatihah untuk beliau). Kemalangan dipercayai berlaku pada awal pagi, maybe selepas subuh kot. Kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal selepas terlanggar lopak air di atas jalan dan menyebabkan ia terbabas dan menghentam pokok.
Untuk makluman semua pokok itu ok jer, cuma kulit jer terkopak sikit dan jurugambar kami terlupa plak nak mengambil gambar pokok itu. Nazri Wahab a.k.a. Maik pada ketika itu berada dalam CCR cuba mengadjust CCTV untuk melihat tempat kejadian setelah mendapat tahu terjadinya kemalangan tapi tidak berjaya kerana dihalang oleh serombong Cogen.




Diantara shot yang sempat diambil oleh jurugambar amatur dari Team D.

Pesanan dari kami...

"Berhati-hati ketika memandu & ingat insan tersayang!"

No comments: