Beberapa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan di hati kami :
1.Ketiadaan makanan apabila pulang dari kerja siang ( 7pm ).Sampai lewat sikit 7.15pm semua dah habis.
2.Tiada kepelbagaian makanan pada waktu pagi. Biasanya kalau sarapan pagi , nasik goreng merah ,nasik goreng putih ,mee goreng,telur , ayam goreng.. Hari2 sama saje..
3.Yang paling banyak dijual kat kantin mineral water & pisang muda.
4.Elaun makan yang dibenarkan dikumpulkan pagi(RM1.50),tengahari(RM3.00) & malam (RM 3.00) pada bulan puasa hanya menguntungkan pihak kantin kerana pekerja terpaksalah mengambil apa sahaja yang dijual termasuklah mineral water & pisang muda.
Dengan ini kami dengan rasa rendah diri merayu kawan2 yang lain bersama2 kami menyertai kempen Memboikot Kantin pada Ramadhan ini. Kerjasama rakan2 sekalian sangat-sangat diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan kempen ini.
Dan apa yang penting kami bukan ingin menghancurkan sesama kaum, tetapi kami hanya ingin memberi isyarat kepada pihak pengusaha kantin bahawa kami inginkan perubahan.
Hanya dengan cara ini lah yang kami boleh lakukan kerana servey yang dijalankan sebelum ini tidak memberi apa2 makna bagi mereka yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan orang dalam.
Kami benar2 berharap kempen ini mampu memberi kesedaran kepada pengusaha kantin agar meningkatkan mutu perkhidmatan & mempelbagaikan jenis makanan yang dijual , dan akhir sekali ingatlah"jika diinginkan perubahan diperlukan juga pengorbanan"
Sekian Wassalam..
No comments:
Post a Comment