Pages


click picture

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429


Kami warga team d amat berbesar hati mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 kepada semua pengunjung blog kami yang beragama Islam..

Di kesempatan ini juga kami memohon maaf kepada semua jika terdapat salah & silap di atas keterlanjuran kami di masa2 lalu.. Sesungguhnya kemaafan itu adalah dendam yang terindah..

Kepada anda yang akan pulang ke kampung halaman semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi yang di tuju tanpa menghadapi masalah di tengah jalan.. Patuhilah undang2 & bersabarlah ketika memandu.. Ingatlah insan2 tersayang yang sedang menunggu kita.. Gunakanlah percutian anda dengan sebaik mungkin seadanya..

Open house dan hari raya tidak boleh dipisahkan, jika ada di antara kalian yang membuat open house janganlah lupa menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis kalian.. Di samping ia dapat mengeratkan silaturrahim di antara kita..
Kepada mereka yang terpaksa menyambut lebaran tahun ini di tempat kerja, banyakkanlah bersabar.. Pengorbanan anda pasti ada balasan daripadaNYA..
Akhir kata sekali lagi kami mengucapkan Salam Lebaran 1429 minal aidin wal faizin..

Sunday, September 7, 2008

Iklaneka: Edisi Kuih Raya

Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua pastinya tidak sabar menanti kehadiran hari lebaran tahun ini..

Tapi apalah maknanya hari raya kalau kuih raya tiada ketika saudara mara, sahabat taulan, jiran tetangga berkunjung ke rumah anda..

Kini anda tidak perlu risau kerana kuih2 raya boleh ditempah sekarang.. Dan yang pasti rasanya pasti tidak mengecewakan anda.. Nilai wang anda akan dikembalikan dengan kesedapan yang tidak terhingga..


*Klik gambar untuk imej lebih besar.


Thursday, September 4, 2008

Eksiden semasa pulang dari kerja...

Titan Pasir Gudang, 04092008. Satu kemalangan ngeri telah berlaku ketika kami sedang bergembira untuk pulang ke rumah. Kejadian berlaku betul2 dihadapan jalan masuk Titan Pasir Gudang melibatkan sebuah kereta Proton Wira & pokok. Kemalangan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira itu terbunuh serta merta (Al-fatihah untuk beliau). Kemalangan dipercayai berlaku pada awal pagi, maybe selepas subuh kot. Kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal selepas terlanggar lopak air di atas jalan dan menyebabkan ia terbabas dan menghentam pokok.
Untuk makluman semua pokok itu ok jer, cuma kulit jer terkopak sikit dan jurugambar kami terlupa plak nak mengambil gambar pokok itu. Nazri Wahab a.k.a. Maik pada ketika itu berada dalam CCR cuba mengadjust CCTV untuk melihat tempat kejadian setelah mendapat tahu terjadinya kemalangan tapi tidak berjaya kerana dihalang oleh serombong Cogen.




Diantara shot yang sempat diambil oleh jurugambar amatur dari Team D.

Pesanan dari kami...

"Berhati-hati ketika memandu & ingat insan tersayang!"

Tuesday, September 2, 2008

Boikot Kantin

Kecewa, kecewa dan kecewa.. Itulah perasaan kami terhadap mutu perkhidmatan kantin selama ini.. Perasaan ini memuncak pada 1 Sept bersamaan 1 Ramadhan lalu apabila pihak kantin tidak menyediakan apa yang sepatutnya kepada kami pekerja shift..

Beberapa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan di hati kami :

1.Ketiadaan makanan apabila pulang dari kerja siang ( 7pm ).Sampai lewat sikit 7.15pm semua dah habis.

2.Tiada kepelbagaian makanan pada waktu pagi. Biasanya kalau sarapan pagi , nasik goreng merah ,nasik goreng putih ,mee goreng,telur , ayam goreng.. Hari2 sama saje..

3.Yang paling banyak dijual kat kantin mineral water & pisang muda.

4.Elaun makan yang dibenarkan dikumpulkan pagi(RM1.50),tengahari(RM3.00) & malam (RM 3.00) pada bulan puasa hanya menguntungkan pihak kantin kerana pekerja terpaksalah mengambil apa sahaja yang dijual termasuklah mineral water & pisang muda.

Dengan ini kami dengan rasa rendah diri merayu kawan2 yang lain bersama2 kami menyertai kempen Memboikot Kantin pada Ramadhan ini. Kerjasama rakan2 sekalian sangat-sangat diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan kempen ini.

Dan apa yang penting kami bukan ingin menghancurkan sesama kaum, tetapi kami hanya ingin memberi isyarat kepada pihak pengusaha kantin bahawa kami inginkan perubahan.

Hanya dengan cara ini lah yang kami boleh lakukan kerana servey yang dijalankan sebelum ini tidak memberi apa2 makna bagi mereka yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan orang dalam.

Kami benar2 berharap kempen ini mampu memberi kesedaran kepada pengusaha kantin agar meningkatkan mutu perkhidmatan & mempelbagaikan jenis makanan yang dijual , dan akhir sekali ingatlah"jika diinginkan perubahan diperlukan juga pengorbanan"

Sekian Wassalam..

Lawak Burung


Ada seorang lelaki tua yang memiliki hobi memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, si lelaki tua membawa masalah itu dalam pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua: "Siapa di sini yang punya burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.Menyadari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah:

"Bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung?" Seluruh penduduk wanita pun berdiri.
Menyadari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung,

"Maaf, bukan itu maksud saya."Sekali lagi dia bertanya."Maksud saya, siapa di antara kalian yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?" Separuh penduduk wanita berdiri.Muka lelaki tua itu makin merah. Ia makin gugup.

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri… dan dua orang wanita lain…Maka kali ini muka sang isteri merah padam.Lelaki itu pun terpaksa melarikan diri…Menyesal dia bertanya…..hua. ..ha..ha