Pages


click picture

Saturday, April 10, 2010

Percutian kami - Melaka part 2.5 of 3

Bertemu kembali..

Setelah merehatkan badan seketika di bilik apartment, tepat 1830 hrs semua peserta berkumpul semula di parking kereta di hadapan apartment untuk bergerak ke medan ikan bakar Sungai Punggur. Seperti biasa sebelum bergerak, sesi bergambar wajib dilaksanakan terlebih dahulu.




Kaum bapak2 & teruna

Kaum ibu


Sedikit masalah terjadi sewaktu perjalanan menuju ke sana. Pada awalnya semua kereta bergerak di dalam satu barisan dan kumpulan, tetapi ketika di pertengahan berpecah kepada 2 kumpulan akibat dari salah maklumat laluan dari "pemandu pelancong". Pada 1715 hrs semua peserta selamat sampai ke Alaa Kassim untuk menjamu selera.




Makanan yang disediakan di sini adalah berupa pelbagai makanan laut, dan rasa masakannya juga tidak kurang dengan restoran seafood yang lain. Pelanggannya agak ramai dan memaksa kami semua menahan perut lapar hampir sejam untuk menjamah makanan.



Penantian satu penyeksaan


Senyuman menahan lapar








Setelah hampir bosan menunggu akhirnya makanan siap dihidangkan satu demi persatu. Semua makan dengan beselera tetapi tidak terlalu gelojoh. Kepada yang tidak pernah berkunjung ke medan ikan bakar di Melaka, jangan terkejut jika nasi yang dihidangkan hanya nasi lemak bungkus kecil, tetapi nasi putih boleh juga di order. Lain2 nasi jangan order, nanti malu sendiri. Semua makanan habis kecuali sotong goreng tepung, order terlebih pulak.






Sekitar jam 2130 hrs, kami meninggalkan Alaa Kassim dengan seribu pengalaman. Selepas itu acara bebas kepada semua. Ada yang naik bot di sungai Melaka, ada yang berjalan di bandar Melaka, ada yang naik Menara Taming Sari & ada juga yang balik terus ke hotel.


Bersambung... A Formosa Waterworld..


Monday, April 5, 2010

Percutian kami - Melaka part 2 of 3



*RALAT. Gambar di atas adalah untuk entry yang lalu, di atas sebab-sebab teknikal ianya tidak dapat disiarkan.


Bertemu kembali....

Hotel

Lebih kurang pada pukul 1500 hrs, kami semua selamat sampai ke hotel penginapan rasmi kami iaitu Kings Hotel di bandar Ayer Keroh.. Hotel ini terbahagi kepada 2 bangunan.. Di sebelah hadapan adalah untuk bilik-bilik hotel seperti biasa dan di sebelah belakang berkonsep apartment.. Kami memilih apartment untuk menjimatkan lagi perbelanjaan..





Setiap apartment mempunyai 3 bilik yang agak selesa untuk keluarga kecil. Setiap bilik pula mempunyai tandas. Ruang tamu juga amat selesa walaupun tv tidak sesuai lagi di gunakan pada zaman sekarang.




Adegan menunggu kunci.. 3 keluarga untuk 1 apartment,
dan 3 orang untuk setiap bilik kepada yang bujang.

Adegan membuka pintu. Pintu ketat, susah nak buka.
Semua dah tak sabar nak berehat.

Masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk berehat melepaskan penat setelah melalui perjalanan yang agak panjang. Tetapi ada juga yang sibuk membuat spot-check dari bilik ke bilik, macam warden asrama pulak.



Hampir 1800 hrs, Amat & Syawal selamat sampai tiba ke hotel. Maka lengkaplah kesemua peserta yang menyertai percutian ini.

Setelah berehat dan menyelesaikan perkara yang patut dibuat, semua peserta berkumpul di parking hotel untuk bertolak ke medan ikan bakar.

Bersambung.. Alaa... Kassim

Tuesday, March 30, 2010

Percutian kami - Melaka part 1.5 of 3

Perjalanan

Konvoi bermula pada pukul 11oo hrs. Sepanjang perjalanan, perhentian Machap & Tangkak telah kami singgahi untuk melunaskan hutang2 tertunggak semasa di dalam kereta. Syukur kepada Ilahi kerana tiada masalah besar, walaupun terdapat sedikit salah faham info semasa perjalanan, ia akan di perbaiki dari masa ke semasa.


Md Shah merangkap Zero car

W. Joule a.k.a DFL team D ketua group 1.

Din tak nak buka cermin, malu tunjuk muka. Kecewa katanya.

Sani, pengalaman berkonvoi bersama 1Streamer
club ditagih pada konvoi ini.

Mala & Zatul kat dalam kereta di atas.

Hapis bersama Azlee bermesraan di dalam.

Yazid famili.

Nick famili (ketua group 2)

Zulhasymi a.k.a hangpa bersama anak & isteri.

Nipah famili. Kereta berwajah baru, lebih garang, lebih ganas.

Zahari famili. Melepasi sempadan Johor.

Fadil & Khai.

Usop, solo, abis main air balik kampung.

Rosmaini famili merangkap backmarkers.

Rashid, Didie & Yusman merangkap media car.




Lebih kurang pada 1330 hrs kami sampai di plaza tol Ayer Keroh dan terus menuju Restoran Subaidah untuk mengisi perut yang hampir kosong. Tajul dan Yein kembali ke pangkuan dan sampai di sini bersama pasangan masing2. Setelah 'dicekik darah' oleh tokey restoran perjalanan kami di teruskan ke hotel pula.

Bersambung.. Hotel..

Monday, March 29, 2010

Percutian kami - Melaka part 1 of 3

Permulaan

Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan yang lalu, akhirnya percutian kami terlaksana jua pada 27 & 28 Mac yang lepas. Kali ini kami memilih Melaka pula sebagai destinasi percutian kami bersama keluarga masing-masing. Sebelum ini tepian pantai menjadi pilihan, tetapi setelah perbincangan dijalankan kami memilih A'Formosa Waterworld Resort sebagai destinasi kami.


Walaupun ada di kalangan kami yang tidak dapat menyertai "percutian mega" ini kerana terikat dengan komitmen masing-masing, namun sebahagian besar setuju dan sepakat merealisasikan percutian ini.




Kami juga sepakat untuk berkonvoi untuk menambahkan lagi suasana kemeriahan. Konvoi kali ini tidak sama dengan konvoi kami yang lalu (makan durian, tanjung balau, gelang patah/nusajaya) kerana disertai sebanyak 19 buah kereta. Walaubagaimanapun hanya 15 buah sahaja dapat menyertai pada seisi pagi.. 2 buah telah bergerak awal untuk mengambil kekasih hati & 2 buah lagi bertolak petang kerana isteri masih bekerja.


Taklimat ringkas telah diberikan oleh saudara Sani sebelum bertolak supaya semua pemandu mematuhi undang-undang jalanraya dan etika berkonvoi kepada semua peserta. Bacaan doa pula di bacakan oleh saudara Hapis memohon kepada yang maha Esa agar perjalanan kami selamat semuanya.





Bersambung... Perjalanan..

Thursday, January 14, 2010

Team D dah ada Facebook

Salam kepada semua pembaca.. Selamat tahun baru kepada semua jika belum terlewat..
Lama rasanya blog ini tidak diupdate dengan kisah2 terkini daripada kami.. Mohon maaf daripada moderator kerana kesulitan itu.. (Moderator banyak keje sampingan yg perlu di settlekan terlebih dulu)

Kini kami maju setapak lagi dengan melancarkan laman Facebook kami.. Ianya terbuka kepada sesiapa saja rakan taulan untuk menjadi kawan kami.. Selain dapat merapatkan hubungan kawan2 diseluruh dunia, diharap juga dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita..

Sila la kunjungi laman facebook kami dan jangan lupa add kami sebagai salah 1 kawan anda..

Klik di sini

Monday, December 7, 2009

Titan Bowling Tournament 2009

Sukan dengan team D sememangnya tidak dapat dipisahkan.. Ibarat irama dan lagu, kalau terpisah hancusss... Pada Titan Bowling Tournament 2009 kami telah mengambil kesempatan yang terhidang untuk menunjukkan bakat2 terpendam kami di lane bowling pula..

Ternyata penyertaan wakil2 kami kali ini tidak sia2 kerana ada di antara mereka berjaya menggondol hadiah walaupun tidak berjaya menjuarai pertandingan itu.. Berbekalkan bakat terpendam ditambah dengan semangat membuak-buak dan disedapkan lagi dengan perasaan mengantuk (baru balik keje malam) maka keputusan yang diterima amat berpuas hati sekali..

Sebanyak 4 kumpulan telah menyertai, dan 1 kumpulan berjaya mendapat tempat ke 16 keseluruhan dan seorang telah berjaya meloloskan diri ke peringkat master di sebelah petang dan menduduki tempat ke 16 keseluruhan master.. Sesuatu yang diluar dugaan kerana melebihi sasaran yang diletakkan iaitu mendapat vaucher McD dan main free 3 game sahaja.. Tidak lupa juga kepada mereka yang mendapat hadiah cabutan bertuah pada hari itu.. Berbaloi-baloi..

Pastinya pada tahun hadapan kami pasti kembali untuk lebih menggegarkan dan mengejutkan lagi.. Latihan akan bermula secepat mungkin..


No 16 keseluruhan kumpulan


Wakil2 team D menerima hadiah:
Dari kiri: DD, Sani, Saha, W Joule & Rashid.

Gambar bonus.. Cuba cari perbezaan pada gambar dibawah..

Tuesday, August 4, 2009