Bersambung lagi dari kisah yang lalu.
A Formosa Waterworld
Setelah menghabiskan tenaga sehari semalaman, maka masa yang dinantikan telah tiba. "A formosa here we come." Sebelum itu, kami semua mengisi perut yang kosong di hotel, yang mana sarapan termasuk dalam pakej kami. Komen, makanan pelbagai dari masakan timur hingga ke barat. Rasa, ok-ok aje..
Setelah selesai sarapan, semua berkumpul di parking apartment untuk seisi bergambar buat kali terakhir di sini. Pada 0915 hrs kami semua bergerak secara konvoi ke A formosa Waterworld. Perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini. Hampir 1000 hrs kami semua selamat sampai ke destinasi utama kami.Pelbagai permainan air di sediakan di sini. Berani atau takut saja untuk bermain
Antara haiwan yang boleh disewa. Boleh bagi gajah makan tebu, naik unta,
naik kuda padi (yang badan besar2 tu tak payah le naik kuda ni, kesian kuda tu).
Setelah berpuas hati bercampur penat, kami pun bergerak pulang. Kali ini kami pulang secara individu tidak lagi berkonvoi. Ini di sebabkan ada di antara kami yang mempunyai agenda sendiri dan ada juga yang pulang lewat.
Sememangnya pelbagai kenangan dan pengalaman daripada percutian ini. Yang positif akan digunakan, manakala yang cacat akan cuba diperbaiki pada percutian yang akan datang. Percutian seterusnya masih lagi di dalam peringkat perbincangan, dan mungkin kami akan kembali bercuti ke pantai semula.
Sekian sahaja kisah percutian kami. Berjumpa lagi di lain waktu.
Untuk lebih gambar sila kunjugi laman Facebook kami.
Musin durian menjelang tiba, xpdc jelajah durian 2010 akan menyusul pula selepas ini. Nantikan kemunculannya, hanya di teamdthegreat.blogspot.com.
No comments:
Post a Comment