Pages


click picture

Thursday, April 15, 2010

Percutian kami - Melaka part 3 of 3 (Final)

Selamat berjumpa kembali.. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini.. Segala kritikan dan cadangan akan di terima..

Bersambung lagi dari kisah yang lalu.

A Formosa Waterworld

Setelah menghabiskan tenaga sehari semalaman, maka masa yang dinantikan telah tiba. "A formosa here we come." Sebelum itu, kami semua mengisi perut yang kosong di hotel, yang mana sarapan termasuk dalam pakej kami. Komen, makanan pelbagai dari masakan timur hingga ke barat. Rasa, ok-ok aje..

Setelah selesai sarapan, semua berkumpul di parking apartment untuk seisi bergambar buat kali terakhir di sini. Pada 0915 hrs kami semua bergerak secara konvoi ke A formosa Waterworld. Perjalanan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini. Hampir 1000 hrs kami semua selamat sampai ke destinasi utama kami.


Tiket yang telah ditempah awal diserahkan dan diagihkan kepada setiap ahli. Tiket berharga RM27 seorang (setelah diskaun) dan budak2 kurang 2 kaki tinggi masuk free. Semua seperti teruja dan tidak sabar untuk bermain air di dalam sana. Bukan anak2 tapi bapak2 pun sama. Teringat kecik2 dulu main paya, parit & longkang.



Pelbagai permainan air di sediakan di sini. Berani atau takut saja untuk bermain

Seisi bergambar dalam air. Untuk bergambar seperti ini anda
memerlukan kamera kalis air seperti Rosmani punya.



Di antara aksi2 kami di sana. Ada yang berani, ada yang terlebih berani &
ada juga yang tak berapa berani.


Semua bergembira tiada yang berduka. Hilangkan seketika fikiran tentang kerja & masalah. Pastikan apa yang anda bayar ke sini berbaloi-baloi. Mainlah sepuas-puasnya di sini.

.
Game kemuncak adalah meluncur dari papan luncur yang paling tinggi. Tak semua yang main game ni. Ada pulak yang dah naik tapi turun ikut tangga, tak berani nak terjun.



Nick menunjuk berani memegang ular.
Tapi takut sebenarnya




Antara haiwan yang boleh disewa. Boleh bagi gajah makan tebu, naik unta,
naik kuda padi (yang badan besar2 tu tak payah le naik kuda ni, kesian kuda tu).



Setelah berpuas hati bercampur penat, kami pun bergerak pulang. Kali ini kami pulang secara individu tidak lagi berkonvoi. Ini di sebabkan ada di antara kami yang mempunyai agenda sendiri dan ada juga yang pulang lewat.



Sebahagian gambar2 kenangan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing2.


Sememangnya pelbagai kenangan dan pengalaman daripada percutian ini. Yang positif akan digunakan, manakala yang cacat akan cuba diperbaiki pada percutian yang akan datang. Percutian seterusnya masih lagi di dalam peringkat perbincangan, dan mungkin kami akan kembali bercuti ke pantai semula.


Sekian sahaja kisah percutian kami. Berjumpa lagi di lain waktu.


Untuk lebih gambar sila kunjugi laman Facebook kami.


Musin durian menjelang tiba, xpdc jelajah durian 2010 akan menyusul pula selepas ini. Nantikan kemunculannya, hanya di teamdthegreat.blogspot.com.

Saturday, April 10, 2010

Percutian kami - Melaka part 2.5 of 3

Bertemu kembali..

Setelah merehatkan badan seketika di bilik apartment, tepat 1830 hrs semua peserta berkumpul semula di parking kereta di hadapan apartment untuk bergerak ke medan ikan bakar Sungai Punggur. Seperti biasa sebelum bergerak, sesi bergambar wajib dilaksanakan terlebih dahulu.




Kaum bapak2 & teruna

Kaum ibu


Sedikit masalah terjadi sewaktu perjalanan menuju ke sana. Pada awalnya semua kereta bergerak di dalam satu barisan dan kumpulan, tetapi ketika di pertengahan berpecah kepada 2 kumpulan akibat dari salah maklumat laluan dari "pemandu pelancong". Pada 1715 hrs semua peserta selamat sampai ke Alaa Kassim untuk menjamu selera.




Makanan yang disediakan di sini adalah berupa pelbagai makanan laut, dan rasa masakannya juga tidak kurang dengan restoran seafood yang lain. Pelanggannya agak ramai dan memaksa kami semua menahan perut lapar hampir sejam untuk menjamah makanan.



Penantian satu penyeksaan


Senyuman menahan lapar








Setelah hampir bosan menunggu akhirnya makanan siap dihidangkan satu demi persatu. Semua makan dengan beselera tetapi tidak terlalu gelojoh. Kepada yang tidak pernah berkunjung ke medan ikan bakar di Melaka, jangan terkejut jika nasi yang dihidangkan hanya nasi lemak bungkus kecil, tetapi nasi putih boleh juga di order. Lain2 nasi jangan order, nanti malu sendiri. Semua makanan habis kecuali sotong goreng tepung, order terlebih pulak.






Sekitar jam 2130 hrs, kami meninggalkan Alaa Kassim dengan seribu pengalaman. Selepas itu acara bebas kepada semua. Ada yang naik bot di sungai Melaka, ada yang berjalan di bandar Melaka, ada yang naik Menara Taming Sari & ada juga yang balik terus ke hotel.


Bersambung... A Formosa Waterworld..


Monday, April 5, 2010

Percutian kami - Melaka part 2 of 3



*RALAT. Gambar di atas adalah untuk entry yang lalu, di atas sebab-sebab teknikal ianya tidak dapat disiarkan.


Bertemu kembali....

Hotel

Lebih kurang pada pukul 1500 hrs, kami semua selamat sampai ke hotel penginapan rasmi kami iaitu Kings Hotel di bandar Ayer Keroh.. Hotel ini terbahagi kepada 2 bangunan.. Di sebelah hadapan adalah untuk bilik-bilik hotel seperti biasa dan di sebelah belakang berkonsep apartment.. Kami memilih apartment untuk menjimatkan lagi perbelanjaan..





Setiap apartment mempunyai 3 bilik yang agak selesa untuk keluarga kecil. Setiap bilik pula mempunyai tandas. Ruang tamu juga amat selesa walaupun tv tidak sesuai lagi di gunakan pada zaman sekarang.




Adegan menunggu kunci.. 3 keluarga untuk 1 apartment,
dan 3 orang untuk setiap bilik kepada yang bujang.

Adegan membuka pintu. Pintu ketat, susah nak buka.
Semua dah tak sabar nak berehat.

Masa yang terluang digunakan sepenuhnya untuk berehat melepaskan penat setelah melalui perjalanan yang agak panjang. Tetapi ada juga yang sibuk membuat spot-check dari bilik ke bilik, macam warden asrama pulak.



Hampir 1800 hrs, Amat & Syawal selamat sampai tiba ke hotel. Maka lengkaplah kesemua peserta yang menyertai percutian ini.

Setelah berehat dan menyelesaikan perkara yang patut dibuat, semua peserta berkumpul di parking hotel untuk bertolak ke medan ikan bakar.

Bersambung.. Alaa... Kassim