Pages


click picture

Saturday, November 8, 2008

Team D FC vs Instrument FC

Futsal friendly match terhebat pada minggu lepas (04/11/08) antara Team D FC vs Instrument FC telah dilangsungkan di U5 Taman Rinting.. Ini merupakan perlawanan ulangan kerana sebelum ini telah juga diadakan perlawanan sedemikian rupa..

Instrument FC bukanlah calang2 team, kerana mereka memiliki deretan pemain2 yg berbakat besar dan terpendam.. Berbanding pasukan kami yg kesemua pemain kami mempunyai skill individu yg tinggi dan keistimewaan tersendiri..
Turut juga disertai pemain2 daripada team2 lain untuk menguatkan lagi pasukan selain mengukuhkan nilai persabahatan di antara team2 di O&A..

Di antara para pemain merangkap penyokong yg tidak pernah mengenal erti putus asa memberi kutukan moral kepada pasukan lawan mahupun pasukan sendiri..

Pemain yg terkenal dengan tendangan tonjolnya sempat melepaskan penat selepas bermain dan dikritik penonton..

Bekas penjaga gawang yg disegani sewaktu masa dulu sedang memerhatikan perlawanan sambil memikirkan masa depan yg semakin suram..

Kejutan paling nyata pada malam tu ialah kembalinya keeper terawal Team D FC ke gelanggang futsal.. Beliau mengambil keputusan keluar dari persaraan untuk bersama2 memajukan Team D FC..



Selepas tamat perlawanan, seisi bergambar kedua-dua pasukan sebagai kenang-kenangan.. Walaupun pahit untuk ditelan keputusan malam itu yg memihak kepada kami dengan jaringan besar, Instrument FC tetap sudi bergambar bersama kami.. Namun apa yg dapat selain kepuasan meratah Instrument FC pada malam itu ialah dapat mengeratkan perhubungan sesama kita..

Selepas ini 1 lg perlawanan akan di atur menentang Reliability FC pula.. Sumber2 yg boleh dipercayai mengatakan pasukan ini mengamalkan corak permainan yg agak agresif.. Tapi kami "Lawan Tetap Lawan".





Sebahagian aksi2 panas pada malam tu.. Untuk aksi yg lebih panas dan ganas boleh melunsuri ke http://www.youtube.com/

No comments: