8 Nov.. Titan family day telah berlangsung di Danga Bay JB.. Tahun ini rasanya lebih meriah berbanding tahun2 lepas.. Mungkin kerana lokasi yg telah beralih ke tempat yg lebih sesuai..
Maka beramai2 lah warga Titan ke sana tempoh hari.. Tidak kurang juga yg mengharapkan hadiah lucky draw untuk dibawa pulang.. Malangnya hanya seorang saja wakil dari team D membolot salah satu itu..
Banyak acara yg dijalankan, dan yg paling bergembira sudah tentulah kanak2.. Kerana pelbagai permainan yg terdapat disitu diberikan secara free.. Org2 tua pun tak kurang hebatnya, mengalahkan budak2 pulak hari tu..
Tarik tali..
Salah satu acara ada hari itu yg disertai oleh kami.. Melihat peluang di atas kertas memang tipis, namun berbekalkan semangat yg tinggi, di tambah pula kekuatan semulajadi kami semua itu berjaya ditepis dgn mudah sekali.. Kami berjaya ke final & nyaris2 menjadi juara (itupun kalau team lawan tak main ngelat)..
Bersiap sedia untuk berjuang..
Meraikan kemenangan ke final.. Semua pemain begitu teruja dan terkesima untuk ke final..
Berikutan berlakunya kesilapan teknikal & taktikal dan kekurangan manpower, kami terpaksa mengimport player tergagah yg amat terpopular sekali drpd team C iaitu mr. Gmok..
Final jumpa team ni, sumber yg boleh dipercayai mereka telah berjaya "menipu" refferee dan team kami semata-mata untuk menang..
Kepenatan setelah berusaha..
Akhirnya berjaya jua menggondol hadiah yg tak seberapa tapi sentimental value yg tinggi..
Tewas tak bermakna lemah, menang tak bererti kuat, yg penting adalah teamwork.. Tak kira di tempat kerja mahupun di mana-mana..
*p/s kpd sesape yg teringin nak lawan team tarik tali kami boleh la mengaturkan jadualnye..Hahahaha..
No comments:
Post a Comment