30 Jun 2009, Selasa- Kelihatan segerembolan kumpulan sebanyak 7 kereta memenuhi lebuhraya Perling menghala ke Pontian.. Apakah tujuan mereka sehingga menyebabkan pihak lebuhraya meraih keuntungan kutipan tol pada hari itu?
Tiada lain sebabnya adalah kerana memburu durian yang di warwarkan amat murah dan sedap di Pontian.. Tetapi arah tujuan kami terpesong di saat akhir ke tempat lain, namun masih mengekalkan nawaitu utama kami..
Ternyata konvoi pada hari itu tidak sia-sia.. Selain dapat makan durian free di sana ( walaupun kurang sedap sikit rasanya & durian kecik je), tidak ketinggalan memborong durian untuk di bawa pulang sebagai bukti kepada ahli keluarga..
Selepas kenyang membaham durian, agenda seterusnya diteruskan.. Asam pedas Serkat menjadi buruan.. Kali ini kami tidak berapa bernasib baik, asam pedas yang diidamkan telah pun sold out..
Perut sudah berisi, perjalanan dilajakkan pula Tanjung Piai penghujung tanah besar Asia.. Siap dapat sijil lagi, tapi tak bleh buat mintak kerja. gantung kat dinding rumah aje..
Mengutip durian di dusun, lepas tu makan free..
Selain durian, rambutan pun ada..
Besar dusunnya, belakang rumah je pulak tu.. Macam macam ada..
Sebahagian hasil kutipan..
Acara yang di tunggu-tunggu, makan durian free..
Ada gak yang tak reti nak kopek durian..
Ada ke kopek durian macam belah kelapa.. Sapa ajar dia, ntah le..
Nick macam tak berpuas hati, tapi sebenarnya
dia lah yang paling beruntung pada hari tu.. Semua kos ditanggung..
Bergambar kenangan di mercu tanda Tg. Piai..
Nipah seperti kebingungan, sedang mencari sesuatu kot..
Bersiar-siar di taman negara Johor menuju ke
hujung selatan tanah besar Asia.. Sambil
melihat haiwan-haiwan yang berkeliaran di sekitar,
dan haiwan pun pelik tengok kita..
Berehat sebentar di jeti, banyak kapal yang
lalu lalang kat selat Melaka..
Memang betul, selat yang paling sibuk di dunia..
Nak posing gak.. Nah amek..
Posing ramai-ramai di jeti Tg. Piai..
Kemungkian selepas ini ada lagi konvoi akan di buat, tetapi masih dalam perbincangan dan perbalahan.. Mungkin ke Batu Pahat atau Kukup atau Pontian lagi ataupun ke Bukit Kayu Hitam atau pun ke Bangkok.. Semuanya masih dalam perancangan..