Pages


click picture

Thursday, May 28, 2009

Perkelahan di Tg. Balau


Agak lama rasanya blog ini tidak diupdate. Agak lama juga segala xtvt team kami tidak diwarwarkan ke seantero dunia, dan agak lama juga blog ini tidak dilawati. Tetapi segalanya berubah kini. Kami memohon maaf kerana membuat blog ini terabai dan yg pasti segala masalah teknikal & taktikal sudah dapat di atasi..

Pada 24 May 2009, setelah merancang hampir sebulan dan mendapat kutukan untuk mengagalkan rancangan ini, akhirnya ianya berjalan lancar dan meriah. Tiada apa yg lebih penting selain dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama keluarga TEAM D, dan terbukti sekali dengan xtvt sebegini ianya semakin mudah dipupuk..

Sambutan amat menggalakkan, hampir semua ahli TEAM D join tetapi ada jugak yg tak dapat join kerana hal hal peribadi. Yang berkeluarga datang sekeluarga, yang ada awek datang dgn awek, yang solo datang bersama sama.

Segala persiapan dan tugas2 telah dibahagikan kepada beberapa ajk tidak rasmi. Dari makanan, pinggan mangkuk dan tapak (yg sememang best) semuanya berjalan seperti dirancang.


Sebahagian geng2 yg terlibat bergambar kenangan.. Ada jugak yang balik awal kerana urusan2 yg tidak dapat dielakkan.


Bujang2 yg panas, sepanas cuaca hari tu.. Cuaca amat baik sekali tempoh hari, walaupun panas & ramai yg sunburn tapi acara mandi manda tak boleh dilepaskan..

Golongan ibu dan anak dara bersantai menyiapkan apa yg patut sambil bergossip2..


Acara masak dan makan.. Lepas masak terus makan.. Tukang masak 2,3 orang aje, yg tukang makan la paling ramai.. Menu hari seperti mee goreng, beehoon goreng, sandiwch, otak2, ayam bbq, aneka ikan bbq, pelbagai jenis air dan lain lain lagi..


Sambil nyelam minum air, tapi bukan minum air laut.. Peribahasa ini merujuk kepada gambar di atas.. Tidak jauh dari kawasan piknik kami, sebuah kereta tertinggal kunci di dalam kereta.. Awek pulak tu, tu yg semangat masing2 menunjuk skill pecah pintu.. Akhirnya dengan kepakaran segerombolan technician TITAN pintu sukses dibuka..

Acara utama sememangnya mandi laut.. Kalau dah sampai ke pantai tak mandi maka tak lengkap la berpiknik.. Di antara aksi2 yang menjadi kenangan di sana..



Persiapan pulang.. Lebih kurang pukul 3 ptg, semuanya telah bersiap untuk bertolak pulang.. Housekeeping jangan dilupa.. Kebersihan dan keindahan pantai harus dijaga bersama untuk generasi mendatang..


Perjalanan pulang singgah sebentar di kedai coklat buatan Malaysia.. Kedainya terletak di kawasan rehat bedekatan dusun buah buahan sebelum simpang ke Tg. Balau..
Selepas ini xtvt sebegini akan dianjurkan lagi dan mungkin lebih hebat ataupun lebih hampeh.. Yang pasti xtvt ini memang best.. Release tension wooo..