Pages


click picture

Monday, December 7, 2009

Titan Bowling Tournament 2009

Sukan dengan team D sememangnya tidak dapat dipisahkan.. Ibarat irama dan lagu, kalau terpisah hancusss... Pada Titan Bowling Tournament 2009 kami telah mengambil kesempatan yang terhidang untuk menunjukkan bakat2 terpendam kami di lane bowling pula..

Ternyata penyertaan wakil2 kami kali ini tidak sia2 kerana ada di antara mereka berjaya menggondol hadiah walaupun tidak berjaya menjuarai pertandingan itu.. Berbekalkan bakat terpendam ditambah dengan semangat membuak-buak dan disedapkan lagi dengan perasaan mengantuk (baru balik keje malam) maka keputusan yang diterima amat berpuas hati sekali..

Sebanyak 4 kumpulan telah menyertai, dan 1 kumpulan berjaya mendapat tempat ke 16 keseluruhan dan seorang telah berjaya meloloskan diri ke peringkat master di sebelah petang dan menduduki tempat ke 16 keseluruhan master.. Sesuatu yang diluar dugaan kerana melebihi sasaran yang diletakkan iaitu mendapat vaucher McD dan main free 3 game sahaja.. Tidak lupa juga kepada mereka yang mendapat hadiah cabutan bertuah pada hari itu.. Berbaloi-baloi..

Pastinya pada tahun hadapan kami pasti kembali untuk lebih menggegarkan dan mengejutkan lagi.. Latihan akan bermula secepat mungkin..


No 16 keseluruhan kumpulan


Wakil2 team D menerima hadiah:
Dari kiri: DD, Sani, Saha, W Joule & Rashid.

Gambar bonus.. Cuba cari perbezaan pada gambar dibawah..

Tuesday, August 4, 2009

Thursday, July 23, 2009

Lepak lepak di Kampung Melayu

Jamuan ringkas yang dibelanja oleh Tuan Haji Azhar..
Antara yang hadir seperti gambar di atas,
Jais turut tidak mahu ketinggalan lepak bersama..

Tuan besar yang berbesar hati membayar
segala makanan dan minuman kami..
Terima kasih daun keladi.. Lain kali boleh lepak lagi..

Jais terkini, semakin berselera makan..

Seorang lagi ahli yang mukanya tak terpampang
di gambar di atas kerana terpaksa menjadi tripod..

Tuan Haji Azhar bersama puteri bongsunya..
"Ni yang bongsu bini pertama" seloroh beliau..

Terima kasih yang tak terhingga kami kepada Tuan Haji Azhar kerana sudi menaja makan & minum kami di gerai depan masjid Kampung Melayu.. Semoga beliau di perbanyakkan rezeki & kesenangan selalu..

Tuesday, July 21, 2009

Menziarah Jais MD

Tarikh : 14 Julai 2009, 0900am selepas ngeteh di warung Pak Ali (balik kerje malam)
Lokasi : Rumah Jais MD
Tujuan : Menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan oleh penderma penderma yang bermurah hati, selain menziarah beliau.

Jais menyambut kedatangan rombongan kami..

Di antara yang hadir pada hari tu..

Menyampaikan sumbangan yang diserahkan oleh YB Rosmaini.

Sambil bersembang, ada minum & makan pulak..

Semua tekun mendengar Jais bercerita
pengalaman beliau pasal chomeotraphy yang dijalani..

Bergambar kenangan..

Skuad bermotor berkuasa kecil..

Terima kasih kami kepada semua penderma kerana sudi menghulurkan sumbangan.. Walaupun sumbangan yang dikumpul tidak seberapa nilainya tetapi di harap ia dapat mengurangkan sedikit bebanan yang di tanggung beliau..

Semoga Jais Md tabah menghadapi dugaanNYA dan cepat sembuh..

Friday, July 3, 2009

Jalan Jalan Cari Durian

30 Jun 2009, Selasa- Kelihatan segerembolan kumpulan sebanyak 7 kereta memenuhi lebuhraya Perling menghala ke Pontian.. Apakah tujuan mereka sehingga menyebabkan pihak lebuhraya meraih keuntungan kutipan tol pada hari itu?

Tiada lain sebabnya adalah kerana memburu durian yang di warwarkan amat mu
rah dan sedap di Pontian.. Tetapi arah tujuan kami terpesong di saat akhir ke tempat lain, namun masih mengekalkan nawaitu utama kami..

Ternyata konvoi pada hari itu tidak sia-sia.. Selain dapat makan durian free di sana ( walaupun kurang sedap sikit rasanya & durian kecik je), tidak ketinggalan memborong durian untuk di bawa pulang sebagai bukti kepada ahli keluarga..

Selepas kenyang membaham durian, agenda seterusnya diteruskan.. Asam pedas Serkat menjadi buruan.. Kali ini kami tidak berapa bernasib baik, asam pedas yang diidamkan telah pun sold out..

Perut sudah berisi, perjalanan dilajakkan pula Tanjung Piai penghujung tanah besar Asia.. Siap dapat sijil lagi, tapi tak bleh buat mintak kerja. gantung kat dinding rumah aje..

Mengutip durian di dusun, lepas tu makan free..

Selain durian, rambutan pun ada..
Besar dusunnya, belakang rumah je pulak tu.. Macam macam ada..

Sebahagian hasil kutipan..

Acara yang di tunggu-tunggu, makan durian free..
Ada gak yang tak reti nak kopek durian..
Ada ke kopek durian macam belah kelapa.. Sapa ajar dia, ntah le..

Nick macam tak berpuas hati, tapi sebenarnya
dia lah yang paling beruntung pada hari tu.. Semua kos ditanggung..

Bergambar kenangan di mercu tanda Tg. Piai..

Nipah seperti kebingungan, sedang mencari sesuatu kot..

Bersiar-siar di taman negara Johor menuju ke
hujung selatan tanah besar Asia.. Sambil
melihat haiwan-haiwan yang berkeliaran di sekitar,

dan haiwan pun pelik tengok kita..

Berehat sebentar di jeti, banyak kapal yang
lalu lalang kat selat Melaka..
Memang betul, selat yang paling sibuk di dunia..

Nak posing gak.. Nah amek..

Posing ramai-ramai di jeti Tg. Piai..

Kemungkian selepas ini ada lagi konvoi akan di buat, tetapi masih dalam perbincangan dan perbalahan.. Mungkin ke Batu Pahat atau Kukup atau Pontian lagi ataupun ke Bukit Kayu Hitam atau pun ke Bangkok.. Semuanya masih dalam perancangan..

Thursday, May 28, 2009

Perkelahan di Tg. Balau


Agak lama rasanya blog ini tidak diupdate. Agak lama juga segala xtvt team kami tidak diwarwarkan ke seantero dunia, dan agak lama juga blog ini tidak dilawati. Tetapi segalanya berubah kini. Kami memohon maaf kerana membuat blog ini terabai dan yg pasti segala masalah teknikal & taktikal sudah dapat di atasi..

Pada 24 May 2009, setelah merancang hampir sebulan dan mendapat kutukan untuk mengagalkan rancangan ini, akhirnya ianya berjalan lancar dan meriah. Tiada apa yg lebih penting selain dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama keluarga TEAM D, dan terbukti sekali dengan xtvt sebegini ianya semakin mudah dipupuk..

Sambutan amat menggalakkan, hampir semua ahli TEAM D join tetapi ada jugak yg tak dapat join kerana hal hal peribadi. Yang berkeluarga datang sekeluarga, yang ada awek datang dgn awek, yang solo datang bersama sama.

Segala persiapan dan tugas2 telah dibahagikan kepada beberapa ajk tidak rasmi. Dari makanan, pinggan mangkuk dan tapak (yg sememang best) semuanya berjalan seperti dirancang.


Sebahagian geng2 yg terlibat bergambar kenangan.. Ada jugak yang balik awal kerana urusan2 yg tidak dapat dielakkan.


Bujang2 yg panas, sepanas cuaca hari tu.. Cuaca amat baik sekali tempoh hari, walaupun panas & ramai yg sunburn tapi acara mandi manda tak boleh dilepaskan..

Golongan ibu dan anak dara bersantai menyiapkan apa yg patut sambil bergossip2..


Acara masak dan makan.. Lepas masak terus makan.. Tukang masak 2,3 orang aje, yg tukang makan la paling ramai.. Menu hari seperti mee goreng, beehoon goreng, sandiwch, otak2, ayam bbq, aneka ikan bbq, pelbagai jenis air dan lain lain lagi..


Sambil nyelam minum air, tapi bukan minum air laut.. Peribahasa ini merujuk kepada gambar di atas.. Tidak jauh dari kawasan piknik kami, sebuah kereta tertinggal kunci di dalam kereta.. Awek pulak tu, tu yg semangat masing2 menunjuk skill pecah pintu.. Akhirnya dengan kepakaran segerombolan technician TITAN pintu sukses dibuka..

Acara utama sememangnya mandi laut.. Kalau dah sampai ke pantai tak mandi maka tak lengkap la berpiknik.. Di antara aksi2 yang menjadi kenangan di sana..



Persiapan pulang.. Lebih kurang pukul 3 ptg, semuanya telah bersiap untuk bertolak pulang.. Housekeeping jangan dilupa.. Kebersihan dan keindahan pantai harus dijaga bersama untuk generasi mendatang..


Perjalanan pulang singgah sebentar di kedai coklat buatan Malaysia.. Kedainya terletak di kawasan rehat bedekatan dusun buah buahan sebelum simpang ke Tg. Balau..
Selepas ini xtvt sebegini akan dianjurkan lagi dan mungkin lebih hebat ataupun lebih hampeh.. Yang pasti xtvt ini memang best.. Release tension wooo..