Konvoi berjalan dengan lancar, walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal masa menunggu di Shell Jusco Tebrau.. Disebabkan kelewatan itu, maka kami terlepas peluang menonton Bob bersanding bersama isteri tercintanya.. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah, kerana Bob dengan sportingnya sudi bersanding sekali lg untuk seisi bergambar kenang-kenangan bersama kami.. Tapi kali ni make-up Bob dah cair tapi masih berseri lg..
Majlisnya dibuat secara sederhana tetapi meriah.. Apatah lg diiringi pula dgn nyanyian karoake oleh penyanyi2 jemputan yg menunjukkan bakat terpendam mereka.. Boleh buat makin selera menjamu selera woo..
Ada untung juga datang lambat, makanan di meja pengantin pun dapat sekali.. Standet la pengantin mana ada selera nak makan, jadi kami la yg tolong abiskan.. Kepada yg tak dapat tu, jangan kecik hati, sape suruh duduk jauh2 dr meja pengantin. Lepas makan seisi bergambar bersama pengantin.. Lebih kurang pukul 3.3opm kami pun baliklah ke pangkal jalan..
Kepada Bob
"Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat"