Tuesday, April 6, 2010
Monday, April 5, 2010
Percutian kami - Melaka part 2 of 3



Lebih kurang pada pukul 1500 hrs, kami semua selamat sampai ke hotel penginapan rasmi kami iaitu Kings Hotel di bandar Ayer Keroh.. Hotel ini terbahagi kepada 2 bangunan.. Di sebelah hadapan adalah untuk bilik-bilik hotel seperti biasa dan di sebelah belakang berkonsep apartment.. Kami memilih apartment untuk menjimatkan lagi perbelanjaan..


Setiap apartment mempunyai 3 bilik yang agak selesa untuk keluarga kecil. Setiap bilik pula mempunyai tandas. Ruang tamu juga amat selesa walaupun tv tidak sesuai lagi di gunakan pada zaman sekarang.


Hampir 1800 hrs, Amat & Syawal selamat sampai tiba ke hotel. Maka lengkaplah kesemua peserta yang menyertai percutian ini. Tuesday, March 30, 2010
Percutian kami - Melaka part 1.5 of 3
Md Shah merangkap Zero car
W. Joule a.k.a DFL team D ketua group 1.
Din tak nak buka cermin, malu tunjuk muka. Kecewa katanya.
Sani, pengalaman berkonvoi bersama 1Streamer club ditagih pada konvoi ini.
Mala & Zatul kat dalam kereta di atas.
Hapis bersama Azlee bermesraan di dalam.
Yazid famili.


Monday, March 29, 2010
Percutian kami - Melaka part 1 of 3
PermulaanSeperti yang telah dirancang berbulan-bulan yang lalu, akhirnya percutian kami terlaksana jua pada 27 & 28 Mac yang lepas. Kali ini kami memilih Melaka pula sebagai destinasi percutian kami bersama keluarga masing-masing. Sebelum ini tepian pantai menjadi pilihan, tetapi setelah perbincangan dijalankan kami memilih A'Formosa Waterworld Resort sebagai destinasi kami.
Walaupun ada di kalangan kami yang tidak dapat menyertai "percutian mega" ini kerana terikat dengan komitmen masing-masing, namun sebahagian besar setuju dan sepakat merealisasikan percutian ini.

Kami juga sepakat untuk berkonvoi untuk menambahkan lagi suasana kemeriahan. Konvoi kali ini tidak sama dengan konvoi kami yang lalu (makan durian, tanjung balau, gelang patah/nusajaya) kerana disertai sebanyak 19 buah kereta. Walaubagaimanapun hanya 15 buah sahaja dapat menyertai pada seisi pagi.. 2 buah telah bergerak awal untuk mengambil kekasih hati & 2 buah lagi bertolak petang kerana isteri masih bekerja.
Taklimat ringkas telah diberikan oleh saudara Sani sebelum bertolak supaya semua pemandu mematuhi undang-undang jalanraya dan etika berkonvoi kepada semua peserta. Bacaan doa pula di bacakan oleh saudara Hapis memohon kepada yang maha Esa agar perjalanan kami selamat semuanya.


Bersambung... Perjalanan..
Thursday, January 14, 2010
Team D dah ada Facebook
Lama rasanya blog ini tidak diupdate dengan kisah2 terkini daripada kami.. Mohon maaf daripada moderator kerana kesulitan itu.. (Moderator banyak keje sampingan yg perlu di settlekan terlebih dulu)
Kini kami maju setapak lagi dengan melancarkan laman Facebook kami.. Ianya terbuka kepada sesiapa saja rakan taulan untuk menjadi kawan kami.. Selain dapat merapatkan hubungan kawan2 diseluruh dunia, diharap juga dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita..
Sila la kunjungi laman facebook kami dan jangan lupa add kami sebagai salah 1 kawan anda..
Klik di sini
Monday, December 7, 2009
Titan Bowling Tournament 2009
Sukan dengan team D sememangnya tidak dapat dipisahkan.. Ibarat irama dan lagu, kalau terpisah hancusss... Pada Titan Bowling Tournament 2009 kami telah mengambil kesempatan yang terhidang untuk menunjukkan bakat2 terpendam kami di lane bowling pula..Ternyata penyertaan wakil2 kami kali ini tidak sia2 kerana ada di antara mereka berjaya menggondol hadiah walaupun tidak berjaya menjuarai pertandingan itu.. Berbekalkan bakat terpendam ditambah dengan semangat membuak-buak dan disedapkan lagi dengan perasaan mengantuk (baru balik keje malam) maka keputusan yang diterima amat berpuas hati sekali..
Sebanyak 4 kumpulan telah menyertai, dan 1 kumpulan berjaya mendapat tempat ke 16 keseluruhan dan seorang telah berjaya meloloskan diri ke peringkat master di sebelah petang dan menduduki tempat ke 16 keseluruhan master.. Sesuatu yang diluar dugaan kerana melebihi sasaran yang diletakkan iaitu mendapat vaucher McD dan main free 3 game sahaja.. Tidak lupa juga kepada mereka yang mendapat hadiah cabutan bertuah pada hari itu.. Berbaloi-baloi..
Pastinya pada tahun hadapan kami pasti kembali untuk lebih menggegarkan dan mengejutkan lagi.. Latihan akan bermula secepat mungkin..

Gambar bonus.. Cuba cari perbezaan pada gambar dibawah..
Tuesday, August 4, 2009
Thursday, July 23, 2009
Lepak lepak di Kampung Melayu
Tuesday, July 21, 2009
Menziarah Jais MD
Lokasi : Rumah Jais MD
Tujuan : Menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan oleh penderma penderma yang bermurah hati, selain menziarah beliau.
pengalaman beliau pasal chomeotraphy yang dijalani..
Semoga Jais Md tabah menghadapi dugaanNYA dan cepat sembuh..
















