Pages


click picture
Showing posts with label iklaneka. Show all posts
Showing posts with label iklaneka. Show all posts

Saturday, October 18, 2008

Liga Bola Alam Maya

Sesudah berhempas pulas memerah kudrat di gelanggang futsal, kini kami berbesar hati menganjurkan pula liga bola di alam maya..

Yang menariknya di liga ni, sape2 pun boleh join.. Tak kira la korang terer giler main bola tahap gaban atau kaki bangku tahap kerusi malas.. Semua boleh join.. Tiada yuran dikenakan.. Malahan jika anda tidak memiliki astro untuk menyaksikan perlawanan sebenar secara live pun diterima penyertaan.. Yang penting korang berani menerima cabaran mahupun kutukan..

Kami juga berbesar hati, jika teman2 yang berada di obesea untuk join liga kami ini.. Sebab kalau nak lawan betul2 memang mustahil dilaksanakan. Lagi ramai lagi bagus, lagi meriah, lagi banyak kutukan daripada pujian..

Hadiah istimewa disediakan kepada pasukan yang berada ditangga terkebawah berupa kutukan yang tidak putus2 selama sebulan ataupun lebih lama daripada tempoh sebenar (extra time).. Untuk register sila ke http://fantasy.premierleague.com/

Sekiranye masih mempunyai masalah sila tinggalkan pesanan korang di chatbox ataupun komen di artikel ni..

Sunday, September 7, 2008

Iklaneka: Edisi Kuih Raya

Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua pastinya tidak sabar menanti kehadiran hari lebaran tahun ini..

Tapi apalah maknanya hari raya kalau kuih raya tiada ketika saudara mara, sahabat taulan, jiran tetangga berkunjung ke rumah anda..

Kini anda tidak perlu risau kerana kuih2 raya boleh ditempah sekarang.. Dan yang pasti rasanya pasti tidak mengecewakan anda.. Nilai wang anda akan dikembalikan dengan kesedapan yang tidak terhingga..


*Klik gambar untuk imej lebih besar.