Wednesday, January 21, 2009
Perhatian kepada pengemar blog ini
Semuanya akan kembali normal setelah problem2 tersebut dapat diselesaikan.. Jangan risau segala berita yg telah dan akan disiarkan adalah sahih semasa waktu terbitannya..
Kepada pihak2 yg berkurang puas hati berkenaan berita2 futsal, adalah digalakkan anda menggunakan saluran yg betul untuk menceritakan berita yg sebenarnya..
Kami rela & redha menimpa kekalahan daripada bersubahat menabur fitnah..
Sekalung tahniah juga kepada team c di atas pelancaran blog mereka baru2 nie..
Akhir kata JANGAN LUPA MEMBOIKOT BARANGAN YANG BERKAITAN ISRAEL..
Monday, December 22, 2008
Futsal: Team C 'bukan sebarang team'

Di atas desakan pihak lawan, akhirnya terpaksa lah jua meng'update' sedikit cerita berkenaan futsal menentang team C..
Tahniah!! Kepada team C, bukan kerana berjaya memenangi perlawanan tersebut tetapi buat julung2 kalinya berjaya mengikat keputusan 5 sama pada malam tersebut.. Kebiasaannya team kami akan kenduri goal tetapi pada malam tersebut, semua strategi kami seolah olah tidak menjadi..
Mungkin di atas beberapa faktor ianya terjadi sebegitu:
- Team d kekurangan pemain.
- Team d 'over confident'
- Team c terlalu bersemangat.
- Team c dibarisi pemain2 muka baru yang ghairah memburu kemenangan.
- Tempoh permainan yang singkat.
Untuk lebih gambar klik sini..
Friday, December 19, 2008
Friday, November 14, 2008
Reliability FC Mangsa Seterusnya..
Daripada reputasi yg di dengar team mereka cukup ganas dan terrer, tapi court futsal U5 menjadi saksi ketewasan mereka di kaki kami.. Meratah dengan rakusnya..
Keputusan perlawanan 15 gol berbalas 9 aje.. Mutu permainan kami semakin meningkat setelah mengharungi beberapa siri jelajah perlawanan persabahatan..
Siapakah yg akan menjadi mangsa seterusnya??.. Tunggu!!!! Ada sesape team yg berani nak lawan kami... Dipersilakan mengubungi PR team kami..
Gambar takde sebab cameraman tak sempat dtg..
Tarik Tali @ Family Day
Maka beramai2 lah warga Titan ke sana tempoh hari.. Tidak kurang juga yg mengharapkan hadiah lucky draw untuk dibawa pulang.. Malangnya hanya seorang saja wakil dari team D membolot salah satu itu..
.jpg)
Bersiap sedia untuk berjuang..
.jpg)
Meraikan kemenangan ke final.. Semua pemain begitu teruja dan terkesima untuk ke final..
.jpg)
Berikutan berlakunya kesilapan teknikal & taktikal dan kekurangan manpower, kami terpaksa mengimport player tergagah yg amat terpopular sekali drpd team C iaitu mr. Gmok..
.jpg)
.jpg)
Kepenatan setelah berusaha..
.jpg)
Akhirnya berjaya jua menggondol hadiah yg tak seberapa tapi sentimental value yg tinggi..
Tewas tak bermakna lemah, menang tak bererti kuat, yg penting adalah teamwork.. Tak kira di tempat kerja mahupun di mana-mana..
*p/s kpd sesape yg teringin nak lawan team tarik tali kami boleh la mengaturkan jadualnye..Hahahaha..
Saturday, November 8, 2008
Team D FC vs Instrument FC
Di antara para pemain merangkap penyokong yg tidak pernah mengenal erti putus asa memberi kutukan moral kepada pasukan lawan mahupun pasukan sendiri..
Pemain yg terkenal dengan tendangan tonjolnya sempat melepaskan penat selepas bermain dan dikritik penonton..
Bekas penjaga gawang yg disegani sewaktu masa dulu sedang memerhatikan perlawanan sambil memikirkan masa depan yg semakin suram..
Kejutan paling nyata pada malam tu ialah kembalinya keeper terawal Team D FC ke gelanggang futsal.. Beliau mengambil keputusan keluar dari persaraan untuk bersama2 memajukan Team D FC..

Selepas tamat perlawanan, seisi bergambar kedua-dua pasukan sebagai kenang-kenangan.. Walaupun pahit untuk ditelan keputusan malam itu yg memihak kepada kami dengan jaringan besar, Instrument FC tetap sudi bergambar bersama kami.. Namun apa yg dapat selain kepuasan meratah Instrument FC pada malam itu ialah dapat mengeratkan perhubungan sesama kita..
Selepas ini 1 lg perlawanan akan di atur menentang Reliability FC pula.. Sumber2 yg boleh dipercayai mengatakan pasukan ini mengamalkan corak permainan yg agak agresif.. Tapi kami "Lawan Tetap Lawan".
Sebahagian aksi2 panas pada malam tu.. Untuk aksi yg lebih panas dan ganas boleh melunsuri ke http://www.youtube.com/
Wednesday, October 29, 2008
Majlis Perkahwinan Bob
Konvoi berjalan dengan lancar, walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal masa menunggu di Shell Jusco Tebrau.. Disebabkan kelewatan itu, maka kami terlepas peluang menonton Bob bersanding bersama isteri tercintanya.. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah, kerana Bob dengan sportingnya sudi bersanding sekali lg untuk seisi bergambar kenang-kenangan bersama kami.. Tapi kali ni make-up Bob dah cair tapi masih berseri lg..
Majlisnya dibuat secara sederhana tetapi meriah.. Apatah lg diiringi pula dgn nyanyian karoake oleh penyanyi2 jemputan yg menunjukkan bakat terpendam mereka.. Boleh buat makin selera menjamu selera woo..
Ada untung juga datang lambat, makanan di meja pengantin pun dapat sekali.. Standet la pengantin mana ada selera nak makan, jadi kami la yg tolong abiskan.. Kepada yg tak dapat tu, jangan kecik hati, sape suruh duduk jauh2 dr meja pengantin. Lepas makan seisi bergambar bersama pengantin.. Lebih kurang pukul 3.3opm kami pun baliklah ke pangkal jalan..
Kepada Bob
"Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat"
Tuesday, October 28, 2008
Open House
Antara gambar2 yg sempat di amik semasa open house tu:-
Friday, October 24, 2008
Acara minggu ini..
Khamis 23/10 - Futsal seperti biasa bersama kawan2 dari team2 lain.. Lokasi macam biasa la kat U5.. Kehadiran tidak diwajibkan buat masa ini..
Jumaat 24/10 - Open house Team d de facto leader.. Lokasi kat rumah dia la.. Kehadiran adalah wajib kepada ahli team d (compulsary & mandatory)..
Sabtu 25/10 - Konvoi ke Kota Tinggi menghadiri majlis perkahwinan Bob.. Lokasi berkumpul di Shell Jusco Tebrau.. Penyertaan tidak diwajibkan tetapi dialu-alukan untuk memeriahkan lagi majlis..
Laporan untuk event di atas akan di update secepat mungkin..
*Kepada yg menyertai Fantasy Footbal, jangan lupa update player korang bagi menggelakkan team korang menduduki tangga tercorot.. Kepada yang berada di tangga teratas minggu lepas jangan terlalu berpuas hati.. Ingat hidup ini umpama roda...
Saturday, October 18, 2008
Liga Bola Alam Maya
Yang menariknya di liga ni, sape2 pun boleh join.. Tak kira la korang terer giler main bola tahap gaban atau kaki bangku tahap kerusi malas.. Semua boleh join.. Tiada yuran dikenakan.. Malahan jika anda tidak memiliki astro untuk menyaksikan perlawanan sebenar secara live pun diterima penyertaan.. Yang penting korang berani menerima cabaran mahupun kutukan..

Kami juga berbesar hati, jika teman2 yang berada di obesea untuk join liga kami ini.. Sebab kalau nak lawan betul2 memang mustahil dilaksanakan. Lagi ramai lagi bagus, lagi meriah, lagi banyak kutukan daripada pujian..
Hadiah istimewa disediakan kepada pasukan yang berada ditangga terkebawah berupa kutukan yang tidak putus2 selama sebulan ataupun lebih lama daripada tempoh sebenar (extra time).. Untuk register sila ke http://fantasy.premierleague.com/
Sekiranye masih mempunyai masalah sila tinggalkan pesanan korang di chatbox ataupun komen di artikel ni..
Sunday, October 12, 2008
Futsal kini kembali..
Aktiviti kami telah kembali normal seperti biasa sebelum Ramadhan.. Futsal kini kembali!!!!
Pada 8hb tempoh hari, perlawanan pertama telah pun berlangsung.. Lokasi mcm biasa la kat U5 le.. Sebenarnya bukan berbentuk perlawanan tp lebih tepat latihan ringan memecah lemak selepas raya ni..
Tak ramai sgt yg join, cukup2 aje.. Mungkin sibuk beraya kot.. Ada gak le muka2 baru yg mencuba nasib menggadaikan skill mereka bersama kami.. Bakat2 mereka tidak menghampakan, diharap jgn serik dgn tackle2 keras dan rembatan2 ganas, lain kali boleh join lg.. Terima kasih juga kepada player2 team b, selaku ahli tetap sparring kami.. Tanpa anda ape la maknanya bermain futsal di U5..
Kepada sape2 yg berhajat mempelawa kami bermain futsal bersama, boleh la membuat appoinment di chatbox tu..
Saturday, September 27, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Sunday, September 7, 2008
Iklaneka: Edisi Kuih Raya
Tapi apalah maknanya hari raya kalau kuih raya tiada ketika saudara mara, sahabat taulan, jiran tetangga berkunjung ke rumah anda..
Kini anda tidak perlu risau kerana kuih2 raya boleh ditempah sekarang.. Dan yang pasti rasanya pasti tidak mengecewakan anda.. Nilai wang anda akan dikembalikan dengan kesedapan yang tidak terhingga..
Thursday, September 4, 2008
Eksiden semasa pulang dari kerja...
Titan Pasir Gudang, 04092008. Satu kemalangan ngeri telah berlaku ketika kami sedang bergembira untuk pulang ke rumah. Kejadian berlaku betul2 dihadapan jalan masuk Titan Pasir Gudang melibatkan sebuah kereta Proton Wira & pokok. Kemalangan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira itu terbunuh serta merta (Al-fatihah untuk beliau). Kemalangan dipercayai berlaku pada awal pagi, maybe selepas subuh kot. Kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal selepas terlanggar lopak air di atas jalan dan menyebabkan ia terbabas dan menghentam pokok.
Untuk makluman semua pokok itu ok jer, cuma kulit jer terkopak sikit dan jurugambar kami terlupa plak nak mengambil gambar pokok itu. Nazri Wahab a.k.a. Maik pada ketika itu berada dalam CCR cuba mengadjust CCTV untuk melihat tempat kejadian setelah mendapat tahu terjadinya kemalangan tapi tidak berjaya kerana dihalang oleh serombong Cogen.
Tuesday, September 2, 2008
Boikot Kantin
Beberapa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan di hati kami :
1.Ketiadaan makanan apabila pulang dari kerja siang ( 7pm ).Sampai lewat sikit 7.15pm semua dah habis.
2.Tiada kepelbagaian makanan pada waktu pagi. Biasanya kalau sarapan pagi , nasik goreng merah ,nasik goreng putih ,mee goreng,telur , ayam goreng.. Hari2 sama saje..
3.Yang paling banyak dijual kat kantin mineral water & pisang muda.
4.Elaun makan yang dibenarkan dikumpulkan pagi(RM1.50),tengahari(RM3.00) & malam (RM 3.00) pada bulan puasa hanya menguntungkan pihak kantin kerana pekerja terpaksalah mengambil apa sahaja yang dijual termasuklah mineral water & pisang muda.
Dengan ini kami dengan rasa rendah diri merayu kawan2 yang lain bersama2 kami menyertai kempen Memboikot Kantin pada Ramadhan ini. Kerjasama rakan2 sekalian sangat-sangat diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan kempen ini.
Dan apa yang penting kami bukan ingin menghancurkan sesama kaum, tetapi kami hanya ingin memberi isyarat kepada pihak pengusaha kantin bahawa kami inginkan perubahan.
Hanya dengan cara ini lah yang kami boleh lakukan kerana servey yang dijalankan sebelum ini tidak memberi apa2 makna bagi mereka yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan orang dalam.
Kami benar2 berharap kempen ini mampu memberi kesedaran kepada pengusaha kantin agar meningkatkan mutu perkhidmatan & mempelbagaikan jenis makanan yang dijual , dan akhir sekali ingatlah"jika diinginkan perubahan diperlukan juga pengorbanan"
Sekian Wassalam..



