
Kami warga team d amat berbesar hati mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 kepada semua pengunjung blog kami yang beragama Islam..
Di kesempatan ini juga kami memohon maaf kepada semua jika terdapat salah & silap di atas keterlanjuran kami di masa2 lalu.. Sesungguhnya kemaafan itu adalah dendam yang terindah..
Kepada anda yang akan pulang ke kampung halaman semoga perjalanan selamat sampai ke destinasi yang di tuju tanpa menghadapi masalah di tengah jalan.. Patuhilah undang2 & bersabarlah ketika memandu.. Ingatlah insan2 tersayang yang sedang menunggu kita.. Gunakanlah percutian anda dengan sebaik mungkin seadanya..
Open house dan hari raya tidak boleh dipisahkan, jika ada di antara kalian yang membuat open house janganlah lupa menjemput kami untuk memeriahkan lagi majlis kalian.. Di samping ia dapat mengeratkan silaturrahim di antara kita..
Kepada mereka yang terpaksa menyambut lebaran tahun ini di tempat kerja, banyakkanlah bersabar.. Pengorbanan anda pasti ada balasan daripadaNYA..
Akhir kata sekali lagi kami mengucapkan Salam Lebaran 1429 minal aidin wal faizin..


Titan Pasir Gudang, 04092008. Satu kemalangan ngeri telah berlaku ketika kami sedang bergembira untuk pulang ke rumah. Kejadian berlaku betul2 dihadapan jalan masuk Titan Pasir Gudang melibatkan sebuah kereta Proton Wira & pokok. Kemalangan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira itu terbunuh serta merta (Al-fatihah untuk beliau). Kemalangan dipercayai berlaku pada awal pagi, maybe selepas subuh kot. Kereta itu dipercayai memandu dalam keadaan laju dan tidak dapat dikawal selepas terlanggar lopak air di atas jalan dan menyebabkan ia terbabas dan menghentam pokok.



